Potilik dan raykat
Tak kira lah macam mana nak eja. Tapi anda faham maksudnya bukan? Dan begitulah suasana yang kita alami sekarang. Apakah yang akan berlaku kelak? Adakah ejaan itu akan kembali betul? Entahlah. Yang pasti, kita perlu memainkan peranan di mana sahaja kita berada.
Saya berbual dengan beberapa wakil pelajar muslim yang masuk bertanding di Monash University punya perwakilan pelajar. Parti yang menang adalah parti GO!. Di dalangi entiti yahudi. Jurang pengundian amat besar. Daripada lebih kurang 10,000 pelajar di institusi tersebut, hanya 2000 orang mengundi. Dan daripada 2000 muslim yang ada di situ, hanya 200 mengundi untuk parti yang diwakili oleh pelajar muslim tersebut. Yang menjadi tanda tanya, masih ada beberapa pelajar muslim yang mengundi untuk parti GO!.
Sewaktu rancak berbual, akhirnya datanglah ke rumusan mengapa ia boleh berlaku. Parti GO! menawarkan ketuhar gelombang yang lebih akan diperjuangkan bagi kegunaan pelajar di beberapa lokasi strategik, beserta beberapa lagi intipati yang benar-benar meragukan kebajikan dan kedudukan muslim di serata dunia. Sedangkan parti yang diwakili pelajar muslim tersebut, Students for Palestine tidak meletakkan dalam manifesto mereka, ketuhar gelombang yang lebih akan diperjuangkan. Dan mereka tewas.
Kesimpulannya mudah. Jika undi yang anda harapkan, berikan apa yang rakyat mahukan. Bukan apa yang anda cita-citakan. Ayuh pertimbangkan sejenak, antara mansuhkan ISA dan menyediakan jalan raya di taman anda, mana yang lebih anda peduli? Antara bersih dalam pengundian dan mengurangkan yuran sekolah, mana yang anda lebih peduli? Antara hak asasi manusia dan mengurangkan harga gula dan ayam, mana anda lebih peduli? Persoalan utama, mana yang majoriti rakyat negara kita peduli?
Jadi, dari dulu hingga sekarang, Maslow’s hierarchy of need adalah panduan asas dalam kita mengejar undi.
Tapi adakah undi semata akan dapat menjamin cita-cita kita akan tercapai? Bagi saya tidak. Ada pelbagai faktor yang perlu di ambil kira.
Tapi persoalan satu lagi, samakah cita-cita kita dengan cita-cita mereka yang bertanding?
Erm…fikir-fikirkan.
The Basic Guide
About this entry
You’re currently reading “Potilik dan raykat,” an entry on penapistola
- Published:
- October 2, 2009 / 2:42 am
- Category:
- Uncategorized
- Tags:
I was born in 1404 H. A graduate with a Bachelor’s degree in Mechanical & Manufacturing Engineering. Very keen in Islamic practices and studies. I have deep interest in carpenting and interior designing. Now trying to establish a way to employ myself with the most sustainable and win-win business.
1 Comment
Jump to comment form | comments rss [?] | trackback uri [?]