Apa yang saya belajar…
dari seorang senior da’wah adalah sesuatu yang amat berharga. Waktu orang lain takut-takut nak luangkan masa bertemu dengan senior-senior da’wah ini, aku memberanikan diri, meluangkan masa kerana aku membaca dari kisah-kisah pemuda da’wah yang berdedikasi, mereka banyak sekali menceritakan pengalaman mereka berbual dan berbincang, serta bermuayasyah dengan senior-senior da’wah, mendapatkan mutiara indah dari senior-senior da’wah ini. Kerana aku benar-benar ingin memahami da’wah, bukan sekadar bergembira menjadi sebahagian dari penda’wah.
Dia bercerita lebar tentang pengalamannya dalam arena da’wah. Nak di kata terlalu lama, dia sekadar senior bukan lagi qudama’, tapi tetap seorang senior. Pengalamannya realiti yang berharga. Bukan idealistik, tetapi optimistik di pandangan aku kerana dia berjaya melaluinya. Perbualan yang dirancang hanya lebih kurang 30 minit, akhirnya menjadi lebih dari 1 jam. Aku memetik segala benih hikmah yang mampu aku dapati darinya. Aku matikan segan dalam diriku agar terkeluar segala soalan untuk menjawab keinginanku.
Kali itu senior tersebut bercakap tentang usrah. Ia menyampaikan kegelisahannya terhadap kebanyakan penda’wah muda yang futur tatkala pulang ke tanah air, dan aku mengamati susunan isinya. Pada pengamatannya, faktor futur yang paling prominen adalah penda’wah yang tidak memahami tujuan usrah.
Dia menyambung, simplistiknya orang akan menjawab usrah sebagai tempat mentarbiyyah diri. Sumber rujukan dalam melengkapkan diri agar dapat berda’wah. Maka mereka berusrah. Namun, dia menyambung, kebanyakan akan tersangkut dengan ilmu, tetapi tidak kepada kefahaman. Mereka tahu, tetapi tidak faham. Aku menyoal lagi hinggalah ia menjawab persoalanku.
“Kalau ikhwah faham maksud dan tujuan usrah, ikhwah tidak akan terfikir untuk tidak pergi usrah. Hatta ikhwah akan berpayah dan bersusah untuk pergi ke usrah. Kerana baginya, usrah adalah kewajipan bagi melaksanakan kewajipan da’wah. Jika ingin berda’wah, perlukan ilmu, peringatan, bekalan agar tsabat, persaudaraan yang akan memikul bersama beban da’wah, murabbi yang membimbing jiwa dan amal dan pelbagai lagi. Dan usrah adalah tempat menggali semua yang kita perlukan itu. Agar kewajipan da’wah dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.”
Dia menyambung lagi, “Orang yang lengah dalam berusrah, sambil lewa dalam berusrah, kita tak harapkan dia akan menjadi penda’wah yang memiliki sifat mujahid. Kerana dia sebenarnya tidak menghayati maksud kewajipan berda’wah, sebab itu dia tidak iltizam dengan tuntutan dan kewajipan berusrah. Jadi, ikhwah seperti ini, bi’ah akan mempengaruhinya. Jika bi’ahnya adalah bi’ah penda’wah, dia akan berda’wah. Jika bi’ahnya bi’ah kerjaya, dia akan bekerjaya. Jika bi’ahnya biah leka dan lalai, dia akan leka dan lalai. Inilah jawapan mengapa ramai ikhwah yang dulu pulun dan hebat da’wah di oversea, balik hilang tak berbunyi. Paling tidak, dari apa yang ana sendiri perhati di sekeliling ana.” Dan dia tersenyum. “Tapi banyak lagi sebab-sebab lain. Cuma, rata-ratanya, ikhwah futur sebab balik Malaysia, usrah tak mahu datang sebab jauh, tak kena masa dan macam-macam lagi. Akhirnya tak berusrah dan hilang. Dan kita dapat faham dari tindakan dia itu, kewajipan berda’wah tidak dia fahami, walau setelah 2-3 tahun pulun berda’wah dan berpogram di oversea.”
Aku tersenyum, dalam hatiku berdoa, agar aku benar-benar Allah kurniakan kefahaman terhadap kewajipan berda’wah. Dan agar aku terus tsabat berusrah, walau hanya itu ranting terakhir yang dapat aku genggam.
Bittaufiq wannajah.
Dan itulah yang saya belajar dari 1 jam lebih berbual dengan seorang senior da’wah.
About this entry
You’re currently reading “Apa yang saya belajar…,” an entry on penapistola
- Published:
- October 11, 2009 / 1:33 pm
- Category:
- Uncategorized
- Tags:
I was born in 1404 H. A graduate with a Bachelor’s degree in Mechanical & Manufacturing Engineering. Very keen in Islamic practices and studies. I have deep interest in carpenting and interior designing. Now trying to establish a way to employ myself with the most sustainable and win-win business.
No comments yet
Jump to comment form | comments rss [?] | trackback uri [?]