Si-f/k-at/ap

Semalam berlalu satu sesi pengisian bersama seorang ikhwah yang sudah mula mengorak langkah berda’wah di Malaysia. Beliau kongsikan pengalaman yang pelbagai, bertumpu kepada praktis-praktis yang mudah untuk memastikan penda’wah muda terus beramal dan konsisten tika tiba di tanah air. Antara isi utama beliau adalah tanamkan perasaan betapa pentingnya diri untuk berda’wah kepada umat islam di Malaysia. Kerana hasil tarbiyyah 3-4 tahun di luar negara amatlah sukar untuk didapati jika tidak kerana limpah dan kurnia Allah s.w.t. Akhirul kalam dari beliau, sebelum pulang, tanamkan niat untuk terus menghubungi sahabat-sahabat dan ikhwah/akhwat yang turut berda’wah di tanah air, jangan lengah. “Join the caravan before it takes off”.

Dalam perjalanan pulang, aku berbual dengan zaujah berkenaan pelbagai perkara yang melanda bumi bertuah ini. Juga pada penda’wah-penda’wah yang ada di perutnya. Topik utama perbualan berkisar pada isu sifat dan sikap yang seringkali di matikan halatuju dan potensi pengembangannya kerana melihat kepada dua perkara tersebut sebagai sesuatu yang sama.

Sifat punya erti yang berbeza dari sikap. Sifat adalah apa yang ada pada seseorang atas sebab biologi dan gene dirinya. Sedangkan sikap adalah sesuatu yang termasuk di bawah cabang akhlaq; dan ia punya ruang ke kiri dan ke kanan atau depan mahupun belakang.

Kalau ia batu, ia kan keras. Kalau ia tanah liat, maka ia boleh dibentuk.

Kalau ia batu, ia kan keras. Kalau ia tanah liat, maka ia boleh dibentuk.

Contoh mudah untuk menceritakan perbezaan antara sifat dan sikap boleh difahami begini: Ada seorang pelajar yang terkenal pendiam. Di kelas dia akan berdiam diri, di kantin ia akan berdiam diri, di kuliah ia akan berdiam diri. Semua rakan-rakannya tahu bahawa dia adalah seorang yang pendiam. Namun bagaimana kita tahu bahawa pendiamnya adalah sifat atau sikap?

Jika ia satu sifat, maka dia akan berdiam diri pada kebanyakan waktunya. Dalam diamnya dia, dia mampu untuk menebar senyuman kepada sesiapa yang ia temui. Jika ada yang memberi salam, ia menjawab, jika ada yang menegur, ia membalas. Jika ada yang ingin berbual, ia mencuba. Bila bersama dengan beberapa orang yang dikenalinya, dia mampu untuk meluahkan kata-kata dan pendapatnya. Namun dengan yang skoda-skoda sahaja temannya, ia mampu menebar senyuman dan berbual cuma tak mampu dipanjang lebarkan gurauan dan bualan. Juga pada waktu-waktu tertentu yang memerlukan pandangannya, maka ia dapat bersuara. Adapun kuantiti yang ia suarakan adalah terhad kepada apa yang perlu dia sampaikan sahaja, tidak ditokok tambah. Sesiapapun yang bergaul dengannya akan mengatakan ia pendiam, tetapi boleh dirapati; cumanya dia pendiam.

Jika ia suatu sikap, maka ia akan selalu diam. Bertegur sapa, ia skoda-skoda menyahut. Diberi seyum, ia balas dengan senyum yang abrupt. Diajak berbual, ia membawa kepada noktah dengan segera. Melintas si fulan/ah ia sekadar berlalu tidak menoleh tidak dilempar senyuman. Ia gemar menunduk seolah dalam kesegeraan berbanding melihat, mencari dan memberi. Kadangkala antara tanda pendiamnya itu sikap adalah saat mengkritik ia petah bersuara, saat berhujah ia lantang. Antara tandanya juga saat ia bersama orang yang ia hampir dan rapat dengannya ia tersenyum lebar, mudah sekali perbualan dimulakan. Tapi jika yang ditemukan itu kawan skoda-skoda, senyumnya sekadar menarik pipi dan lirih matanya segera beralih ke tempat yang entah tiada apa pun.

Dalam erti kata lain, sifat: semulajadi dan konsisten tetapi tidak mematikan. Sikap: dibuat-menjadi, tidak konsisten dan boleh diubah.

Jika kita biasa dengan perkataan tarbiyyah, maka kita perlu sinonim dengan erti sikap. Kerana hasil dari tarbiyyah yang berpanjangan adalah antaranya untuk menghasilkan sikap yang positif dan memajukan. Adapun pada sifat, ada beberapa yang mungkin dapat diubah, namun ada juga yang akan kekal sebaiknya pada kedudukannya. Jika kita rasa kita ditarbiyyah, maka pastikan sikap kita berubah.

Andai jawapan yang sering kita beri adalah “Memang ana begini/begitu, nak buat macam mana?” maka itu adalah sikap, kerana sesuatu sifat itu jarang sekali kita sedari. Adapun yang berpanjangan kita salahkan dan kita ungkitkan, itu dalam kesedaran kita maka ia adalah sikap. Kerana kita sedar, kita mengada-adakan perangai tersebut !

All in all, this is just my humble opinion.


About this entry