Modal, untung dan bonus
Suatu malam saya bertemu dengan seorang ikhwah. Kami keluar untuk pekena kebab. Duduk-duduk sambil menunggu kebab, kami berbual. Setelah kebab sampai, berhenti sekejap, makan kebab dan kemudian perbincangan makin serius dan makin rancak.
Dalam perbualan kami, ada sedetik yang saya ceritakan kepadanya tentang modal, untung dan bonus. Idea ini telah lama saya fikirkan. Dan saya amati kehidupan pendakwah dan dakwah yang mereka bawa. Siapa yang lestari di atas jalan dakwah, maka saya nilai dan perhatikan apa yang telah ia lalui terutamanya bagaimana ia menanggapi setiap perkara yang ia temui. Siapa yang pergi, juga saya amati dan saya nilai. Apa barangkali yang menyebabkan ia berkeputusan sebegitu buat masa ini(moga suatu hari mereka akan kembali, insyaAllah) turut saya nilai juga?
Dalam hidup penda’wah, sentiasa kita akan berhadapan dengan modal, untung dan bonus. Mungkin tak ramai yang akan nampak selain dari interaksi perniagaan. Tetapi sebenarnya lebih dari itu. Dalam pelbagai kedudukan, penda’wah perlu bijak mengenal pasti apakah dia modal, apakah untung yang dicari, dan apakah bonus yang boleh didapati. Kemampuan penda’wah mengenal pasti modal, untung dan bonus akan banyak memudah cara dan menjadikan penda’wah bijak membuat keputusan.
Beberapa perkaitan tentang apakah modal, apakah untung dan apakah bonus adalah seperti di bawah.
1. Kehidupan seorang muslim – rujuk Al-Qashash [28] : 77
- Modal: Islam, al-Quran, sunnah, nyawa yang hanya sekali
- Untung: Akhirat
- Bonus: Dunia
2. Karier dan masa hadapan
- Modal: Ijazah/Diploma/Sijil
- Untung: Pekerjaan yang boleh menyara hidup
- Bonus: Kerja bergaji besar, sambung PhD/Masters/etc, kerja di syarikat ternama, ditawarkan latihan-latihan lanjutan
3. Usaha da’wah bersendirian
- Modal: Ilmu, semangat, kefahaman
- Untung: Orang mendengar seruan, orang mengikuti seruan/saranan
- Bonus: Orang ingin bersama berda’wah, orang berkongsi menambah ilmu dan kefahaman kita
4. Usaha da’wah berjemaah
- Modal: Ukhuwwah, ikhwah/akhwatnya, gagasan yang diyakini, manhaj
- Untung: orang mendengar seruan, orang mengikuti seruan, orang ingin sertai bersama
- Bonus: Adanya ketua-ketua kelompok manusia yang turut serta, ada kepakaran tambahan yang diperolehi waktu bersama berda’wah, ada pemegang PhD/Masters/etc @ orang niaga/etc yang menyahut
5. Bait muslim
- Modal: ikhwah/akhwat, fikrah da’wahnya, manhaj yang diyakininya, himmah ‘aliyyahnya
- Untung: mendapat ikhwah/akhwat juga sebagai calonnya, keduanya memahami tuntutan asasi masing-masing di atas jalan da’wah dan sebagai suami/isteri
- Bonus: pasangan yang cantik, berharta, mungkin menepati ciri-ciri yang dikehendakinya seperti lebih muda, kulit cerah, mata biru etc-etc
6. Dan pelbagai lagi yang anda boleh fikirkan.
Kemampuan dan kesediaan penda’wah untuk menilai dengan adil apakah yang masuk dalam kategori modal, kategori untung dan bonus akan memudahkan penda’wah tsabat. Kerana software-nya betul settings & configurations.
Penda’wah yang mampu menilai dengan tepat apakah modal dan apakah untungnya, insyaAllah akan mampu menghadapi hidup dengan lebih tenang dan mudah sebagai penda’wah yang jujur. Manakala kegagalan meletakkan keutamaan bonus pada tangga terakhir dalam carta modal-untung-bonusnya akan sentiasa menyebabkan penda’wah terjerumus ke dalam kebahayaan. Natijahnya, jangan salahkan ikhwah & akhwat jika terdengar desas-desus menyatakan “Si dia semakin perlahan” atau “Si fulan dah tak berapa komit” etc-etc. Kerana mata akan terus memerhati dan hati akan terus menilai walaupun kita berharap agar si pengkritik berlaku adil terhadap kita masing-masing.
Apa yang menyebabkan pintu fatrah semakin dekat menghampiri penda’wah adalah apabila meletakkan bonus lebih utama daripada untung. Dan apa yang lebih memilukan adalah meletakkan modal dalam bahaya kerugian. Jadi sifirnya menjadi mudah, modal jangan dihilangkan(baca: secure), untung menjadi keutamaan(baca: objective) dan bonus menjadi pilihan(baca: optional).
Wallahu’alam.
About this entry
You’re currently reading “Modal, untung dan bonus,” an entry on penapistola
- Published:
- November 15, 2009 / 10:26 am
- Category:
- Uncategorized
- Tags:

I was born in 1404 H. A graduate with a Bachelor’s degree in Mechanical & Manufacturing Engineering. Very keen in Islamic practices and studies. I have deep interest in carpenting and interior designing. Now trying to establish a way to employ myself with the most sustainable and win-win business.
No comments yet
Jump to comment form | comments rss [?] | trackback uri [?]