Mujahadah dan terus lagi !

by penapistola

Menjadi suatu kemestian dalam hidup muslim untuk berjihad melawan kehendak nafsu dan bisikan syaitan bagi mencapai maqam iman tertinggi. Semua mukmin yang cintakan syurga dan redha Allah pastinya melalui mujahadah yang amat tinggi.

Sepanjang kehidupan bujang, mujahadah terletak pada melawan kehendak sendiri. Ketika sudah bernikah, mujahadah masih pada melawan kehendak sendiri tetapi kini punya pengaruh luaran yang sebenarnya dalaman – emosi terhadap pasangan dan anak.

Disinilah keperluan mendesak terhadap sensitiviti dan kejelasan matlamat hadir. Menyeimbangkan antara tuntutan keluarga dan kewajipan dakwah adalah suatu seni yang mesti dikuasai, dididik hingga mahir. Kerana tanpa seni ini, hidup menjadi keras dan bagai tongkang pecah bagi seorang pendakwah.

Maka, tanpa mujahadah, tanggungjawab dan kewajipan berdakwah akan terbantut, dan keperluan keluarga akan seringkali tergendala. Ini akan menjadi suatu fitnah kepada kehidupan pendakwah, yang jika tidak dipelajari seni sensitiviti dan difahami kejelasan matlamatnya, ia akan futur dan tenggelam.

Simtom awalnya adalah kelonggaran pada wasail tarbiyah yang telah diamanahkan untuknya. Kemudian keciciran dalam amalnya, seterusnya kepada memutuskan keputusan yang menyangkut maslahat amal jama’i bersendirian, sekedar memberitahu, keputusannya begini begitu, dan masa udah suntuk untuk berpatah balik.

Ayuhai ikhwah dan akhawat, bangkitlah bermujahadah dari sekarang. As-syahid Abdullah Azzam pernah menukilkan bahwa pintu jihad ini terbuka seketika. Yang paling awal menyertainya adalah yang paling hesar ganjarannya. Adapun yang terkemudian, ia hanya mengaut baki keuntungan dari ghanimah pahala yang besar melimpah ruah atau ia tidak sempat masuk ke medan jihad langsung. Sekedar menyambut kepulangan mujahid yang telah membolot semua ganjaran Allah.

Semakin hari semakin tinghi ujian yang Allah kurniakan, kerana kian tinggi pula derajat yang Allah mahu kita daki dalam jalan menggapai redha Allah.

Ayuh, bangkit!

Advertisement