Ujian Kaab Bukan Sebarangan

by penapistola

Sekarang dalam perjalanan ke Incheon, S.Korea. Bukan destinasi dekat tapi sekedar 6 jam penerbangan. Ini kali pertama aku ke luar negara setelah pulang dari Australia. Kali keempat meninggalkan anak isteri untuk tempoh lebih seminggu. Sekedar 8 hari. Tiada yang hebat.

Namun dalam keentengan dan singkatnya waktu, masih kuat rasa di hati tidak mahu pergi begitu jauh dan lama. Kerana keintiman perasaan yang wujud dalam hati terhadap anak dan isteri.

Bayangkan ujian buat Kaab bin Malik, yang dirinya ada hampir semua yang disebut Allah dalam surah at-Taubah ayat 24. Dan Tabuk adalah jauh, perjalanannya panas, musim memetik hasil pula dari kebun-kebun mereka.

Ibrah ayat Allah ini tidak sekadar membawa sebuah kisah kejujuran seorang mu’min terhadap dirinya dan taubatnya yang ikhlas. Tetapi juga ia mengajar kita bahawa iman yang kuat di kalangan para sahabat juga mampu rebah dek godaan dunia. Dunia bukan sekadar penjara bagi mu’min, ia ujian kebenaran iman.

Dan taubat yang jujur sahajalah yang Allah akan terima.

Ya Allah, berkatilah perjalananku ini. Amin.

Advertisement