Penganjur SUKSES Biadap & Jumud

by penapistola

Mungkin ini wording paling kasar saya pernah lontarkan dalam blog saya.

Tapi menidakkan hak muslim menutup aurat dalam pertandingan renang di dalam sebuah negara Islam dan adanya kebebasan beragama adalah biadap dan berfikiran sempit. Apatah lagi jika pesertanya adalah hanya murid sekolah rendah. Apa yang mereka ingin buktikan? Pendidikan atau peraturan?

Moga Allah kurniakan hidayah kepadanya atas kejahilan dan kejumudannya tentang prinsip dan tatacara hidup Islam.

PAS/UMNO/HALUAN/IKRAM/PERKASA/ISMA/etc bolehlah ambil bahagian ‘hentam’ penganjur untuk buktikan bahawa ISLAM sebagai gaya hidup bukan sekadar agama hiasan. Ni kalau agenda pertubuhannya Islam lah. Kalau bukan, ikut kome la.

Mana pergi lagi pendakwah lain yang selalu kata ‘kena masuk medan’? Ni medan dakwah yang tak perlu menang parlimen untuk ditegakkan.

Ayuh semua – HENTIKAN DISKRIMINASI DALAM SUKAN! Dan beri ruang untuk generasi baru ini untuk belajar tatacara hidup Islam yang syumul.

Advertisement